Aktiviti Ko-Kurikulum dan Pencapaian Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai

Pada asasnya, semua aktiviti ko-kurikulum di SKSB hanya tersedia untuk murid Tahap 2 (Tahun 4 - Tahun 6). Setiap pelajar boleh memilih mana-mana jenis sukan, badan beruniform dan kelab-kelab serta persatuan-persatuan ko-akademik yang sesuai dengan minat masing-masing.

Sukan

SKSB mengambil bahagian dalam peringkat daerah Klang (MSSD Klang) dan kejohanan MSSS (Majlis Sukan Sekolah Selangor) di peringkat negeri. Antara sukan yang diambil bahagian oleh SKSB adalah bola sepak (kategori B-12), ragbi/ragbi sentuh, sofbol, bola jaring, pingpong, boling, sepak takraw, silat, bola baling, dan olahraga ( balapan dan padang ). SKSB merupakan juara bertahan dalam bola sepak dan ragbi di peringkat daerah Klang. Semua pasukan mengambil bahagian dalam kategori bawah 12 tahun dan bawah 10 tahun untuk acara Mini Olimpik.

Badan beruniform

Badan beruniform adalah wajib untuk murid-murid Tahap 2 (Tahun 4-Tahun 6). Setiap murid hanya boleh memilih 1 badan beruniform yang mereka fikir sesuai dengan minat/kecenderungan mereka sendiri. Di SKSB , secara keseluruhan 5 badan beruniform ditawarkan untuk pilihan murid-murid. Beberapa badan beruniform ini yang menjurus ke arah satu jantina, dan ada yang untuk kedua-dua jantina. Badan beruniform yang boleh didapati di SKSB adalah:

Setiap hari Rabu, murid-murid yang terlibat dalam badan-badan beruniform adalah digalakkan untuk memakai pakaian seragam mereka sepenuhnya.

Pasukan Kawad Kaki dan Doktor Muda

Pasukan Kawad Kaki SKSB, atau lebih dikenali sebagai Team Mujahid Kecil[11] telah menempa pelbagai kecemerlangan diperingkat daerah dan negeri sejak ditubuhkan pada tahun 2002. Dan telah menjadi juara peringkat Kebangsaan sekitar tahun 2005-2013. Selain dari Pasukan Kawad Kaki, Pasukan Doktor Muda SKSB telah meraih pelbagai anugerah di peringkat daerah[12] , negeri dan kebangsaan, melalui pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang tahun. Pasukan Doktor Muda SKSB juga diiktiraf antara yang paling aktif di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ko-Akademik

Selain pencapaian kokurikulum, SKSB juga telah memenangi banyak acara pertandingan ko-akademik sekitar peringkat daerah dan negeri. SKSB telah memenangi kedua-dua peringkat daerah dan negeri dalam pertandingan Bahasa Melayu dalam acara pantun, ucapan, bercerita (tahap 1 dan 2) dan juga syair.

SKSB juga telah dikenali di arena MTQ (Majlis Tilawah Al-Quran), melalui acara nasyid, tilawah Al -Qur'an , bercerita kisah Islam dan Al-Quran, serta hafazan. Pasukan SKSB telah memenangi 3 tempat teratas setiap kali bertanding di peringkat daerah.

SKSB dikenali di daerah Klang sebagai salah satu sekolah yang paling aktif untuk mengambil bahagian dalam hampir semua acara ko-akademik yang ditawarkan. SKSB juga menyasarkan untuk bersaing dalam Bahasa Inggeris, Matematik, Kajian Tempatan / Sivik, Sains, Muzik, Pendidikan Moral, Kemahiran Hidup, J- Qaf (Jawi, Al-Quran ' dan asas Fardhu Ain) dan Bahasa Arab, dan juga pertandingan pra-sekolah yang diadakan di sekitar daerah Klang.

Rujukan

WikiPedia: Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai http://www.nap.edu.au/naplan/naplan.html http://imann9969.blogspot.com/2009/06/platun-sk-sg... http://mujahidkecilsksb.blogspot.com http://sayfullzone.blogspot.com/2009/03/bukan-kern... http://sksb1975.blogspot.com/2011/04/sekolah-keban... http://smkmeruklang.blogspot.com/p/sejarah-sekolah... http://www.kgmeru.com/modules.php?name=Content&pa=... http://www.kgmeru.com/modules.php?name=News&file=p... http://sksbdenguepatrol.com/ http://www.youtube.com/watch?v=ERy_h7SDLQY